Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sejarah dan Latar Belakang

Sekolah Kebangsaan Besout 3 atau nama ringkasnya SK Besout 3, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Gunung Besout 3 dalam daerah Batang Padang dan Muallim di negeri Perak. Jenis sekolah ialah Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan. Kod sekolah ABA0035. Lokasi Felda Gunung Besout 3,35600, Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Telefon 6054312313 dan Faks 6054312313.Mula dibina pada penghujung tahun 1984 terdiri daripada sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan sekolah ini mula di gunakan pada 2 hb Januari 1985. Info lanjut.

PENGUMUMAN DAN INFO TERKINI

Pengumuman dan Info Terkini

* Tahniah PSS an Nifary menjadi johan PSS Daerah .

* Selamat menyambut Hari Malaysia - 16 September 2018.

* Selamat Menduduki UPSR - 24/9/2018


SEKIAN TERIMA KASIH.

Followers

Wednesday 19 September 2018

Penilaian Anugerah PSS Peringkat Negeri Perak 2018

Pada hari ini berlangsung Sesi Penilaian Anugerah PSS Peringkat Negeri Perak untuk tahun 2018. Alhamdulillah PSS An Nifary tersenarai untuk pencalonan tersebut.

Menurut Guru Penyelaras PSS SK Besout 3, Puan Munirah Mansor, meskipun serba kekurangan, beliau berasa amat bersyukur kerana PSS An Nifari terpilih dan berdaya saing untuk bersama-sama PSS Daerah lain untuk pencalonan anugerah ini.

Kemenangan bukanlah impian utama, namun keupayaan sekolah kecil seperti SK Besout 3 untuk turut serta berada dipersada ilmu dan kerjasama yang jitu daripada pentadbir,guru-guru, staff, Pengawas PSS, komuniti setempat dan murid sangat dibanggakan.

Dalam sesi penilaian ini, PSS an Nifary dikunjungi oleh Puan Azatus Sakhia bt Shakir Mashkor, Ketua Unit UPSP,BTPN Perak dan Cik Erma bt Zaharuddin, PTP, UPSP, BTPN Perak.

Semoga dengan kunjungan dan penilaian ini akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ilmu dan budaya kekitaan dalam kalangan warga SK Besout 3.

Gambar Atas, Guru Besar SK Besout 3, Encik Mohd Zulkifli b Mat sedang mengalu-alukan kehadiran Ketua Unit UPSP, Puan Azatus Sakhia bt Shakir Mashkor.











Wednesday 12 September 2018

Program Khidmat Bantu PKG untuk PSS An-Nifary

Sedang Berlangsung Program Khidmat Bantu untuk PSS an Nifary. Dalam program tersebut beberapa orang petugas dari PKG Slim River, PKG Sungkai dan PKG Tanjong Malim Terlibat. Program selama 2 hari ini bertujuan membantu PSS Sk Besout 3 mengemaskini pengurusan fail dan bahan yang terkandung dalam PSS. PSS an Nifary telah dinobatkan sebagai Johan PSS Daerah Batang Padang/Mualim Kategori Sekolah Rendah baru-baru ini.






Thursday 16 August 2018

Peraturan Penggunaan Bilik dan Alatan Audio Visual


1. Dapatkan kebenaran Guru Media atau guru yang mengawasi peralatan audio visual terlebih dahulu.

2. Isikan buku log penggunaan alatan.

3. Catatkan alatan yang hendak dibawa keluar dan lokasi penggunaan.

4. Alatan yang dibawa keluar hendaklah dimasukkan semula selepas selesai penggunaan.

5. Susun dan kemas alatan yang digunakan di tempat asal seperti di labelkan.

6. Alatan yang rosak atau luput hendaklah dimaklumkan kepada Guru Audio untuk tindakan susulan.

7. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Audio tanpa pengawasan Guru Audio atau guru bertugas.

8. Utamakan keselamatan diri dan alatan serta gunakan alatan secara berhemah.

10. Hindari daripada memasukkan peralatan lain atau yang tidak berkenaan ke dalam bilik Audio Visual tanpa pengetahuan Guru Audio visual.

11. Pastikan pintu bilik Audio sentiasa ditutup atau dikunci.


“Gunakan alatan secara berhemah. Keselamatan diutamakan”

  
Disahkan oleh:

Guru Besar,
SK Besout 3.


Wednesday 15 August 2018

BENGKEL BAHASA INGGERIS UPSR 2018

LAPORAN/DOKUMENTASI KLINIK BAHASA INGGERIS UPSR 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3
  
Tarikh : 15/8/2018 (Rabu)

Masa : 3.00 – 5.00 Petang

Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris SK Besout 3 dan AJK Kecemerlangan UPSR 2018.

Tempat: Makmal TMK Sekolah Kebangsaan Besout 03

Kehadiran/sasaran: Guru-guru Panitia Bahasa Inggeris,Murid-murid Tahun 6 SK Besout 3 (38 orang).

Pengacara Majlis: Pn.Kashtoori Devi dan En. Azizi.

Fasilitator : Cik Najwatussalmi bt Ismail, Guru Bahasa Inggeris SK Besout 4, Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris UPSR.

Jumlah Kehadiran Peserta: 36 orang.

Perakam dan Pelapor Peristiwa: En. Badrol Hisham b Zainol Abidin.

Ringkasan Perjalanan Majlis: Majlis bermula lebih kurang pukul 2.30 petang setelah usai murid menikmati makan tengah hari dan solat Zuhor berjamaah. En. Azizi memulakan sidang dengan memulakan perbincangan latihan kertas 1 Bahasa Inggeris.Tepat pukul 3.00 petang ucapan alu-aluan pengacara majlis. Seterusnya penceramah undangan mula membentangkan kertas seminar teknik menjawab kertas bahasa Inggeris Kertas 1 diikuti teknik menjawab memjawab bahasa Inggeris Kertas 2. Majlis berakhir kira-kira jam 5.00 petang minum petang untuk tetamu jemputan dan bersurai.

Kekuatan Program: Program yang dilaksanakan mendapat kerja sama dari pentadbir,guru-guru,pelajar dan kehadiran yang menggalakkan. 

Penambahbaikan: Akan dilaksanakan lagi untuk subjek-subjek lain dan tertakluk kepada keperluan dan kesenggangan waktu. - Cikgu Badr 2018.





Friday 10 August 2018

Kepentingan Ilmu

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah di dalam majlis (ilmu)", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dalam kalangan kamu ke dalam kedudukan yang tinggi dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al Mujadalah ayat 11

Wednesday 8 August 2018

Carta Organisasi Ahlijawatankuasa Kerja PSS 2018


Sejarah Sekolah SK Besout 3

Sejarah Sekolah

Sekolah ini mula dibina pada penghujung tahun 1984, iaitu sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin.

Bangunan sekolah ini mula di gunakan pada 2 hb Januari 1985.

Pada mulanya murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 4. Pada hari pertama sekolah ini di buka murid yang mendaftar bagi sekolah ini ialah seramai 161 orang. Dari sehari ke sehari bilangan murid yang masuk ke sekolah ini semakin meningkat dan ini menyebabkan timbulnya kekurangan bilik darjah.
  
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah mengarahkan pelajar bagi tahun 5 dan 6 dipindahkan ke sekolah Kebangsaan Sri Besout pada 14.1.1985. ini beerti sekolah ini hanya menampung murid-murid dari tahun 1 hingga 4 sahaja.
  
Sehingga akhir tahun 1985 jumlah murid sekolah ini ialah seramai 220 dan 8 tenaga pengajar termasuk seeorang guru besar iaitu En Mohd Yusof Bin Taib. Terdapat 2 orang pegawai bukan guru iaitu Cik Noraini Jali dan En Razali Rahman.
  
Pada 1986 bilangan murid di sekolah ini semakin meningkat. Pada bulan Januari 1986, jumlah murid seramai 241 orang dalam 6 buah kelas. Bilangan tenaga pengajar seramai 8 orang dan bukan guru 2 orang.
  
Pada 1987 jumlah murid bertambah dengan pesatnya. Pada bulan Januari sahaja jumlah murid meningkat kepada 453 dan terpaksa di jalankan 2 sesi pagi dan petang. Sesi pagi untuk murid tahun 1,2 dan 5 manakala sesi petang pula murid tahun 3 dan 4. 8 buah kelas sesi pagi dan 4 buah kelas sesi petang.
  
Jumlah tenaga pengajar ketika itu 17 orang.disebabkan kekurangan bilik darjah sesi pagi, pihak sekolah terpaksa meminjam 3 buah bilik dari sekolah agama rakyat yang berhampiran untuk di jadikan kelas.
  
Pada 3.3.1987, bangunan sekolah baru yang mempunyai 6 bilik darjah telah di bina. Projek ini adalah hasil daripada gotong royong. Selepas tarikh tersebut, semua persekolahan di jalankan 1 sesi sahaja. Pada bulan Julai, seramai 6 orang pelatih dari IPSI telah menjalankan latihan mengajar selama 5 bulan. Pada 15.11.1987, Guru Besar sekolah ini telah bertukar ke Trolak Timur dan diganti oleh Tuan Hj Abdul Rahim bin Hj. Abdul Hamid PPN,PJK iaitu Guru Besar daripada Trolak Timur.

Pada 1988, jumlah murid telah meningkat kepada 521 orang yang belajar pada 13 buah bilik darjah. Tenaga pengajar pada ketika itu seramai 21 orang. Pada Januari 1989, jumlah murid meningkat ke 686 orang dengan 21 tenaga pengajar dan seorang guru besar.
  
Pada tahun 1990 pertama kalinya persekolahan diadakan pada Disember 1989. Pada ketika itu jumlah murid seramai 802 orang. 3 blok bangunan baru telah siap dan membolehkan pelajar belajar dalam satu sesi sahaja

CARTA ORGANISASI 2018