Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sejarah dan Latar Belakang

Sekolah Kebangsaan Besout 3 atau nama ringkasnya SK Besout 3, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Gunung Besout 3 dalam daerah Batang Padang dan Muallim di negeri Perak. Jenis sekolah ialah Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan. Kod sekolah ABA0035. Lokasi Felda Gunung Besout 3,35600, Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Telefon 6054312313 dan Faks 6054312313.Mula dibina pada penghujung tahun 1984 terdiri daripada sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan sekolah ini mula di gunakan pada 2 hb Januari 1985. Info lanjut.

PENGUMUMAN DAN INFO TERKINI

Pengumuman dan Info Terkini

* Tahniah PSS an Nifary menjadi johan PSS Daerah .

* Selamat menyambut Hari Malaysia - 16 September 2018.

* Selamat Menduduki UPSR - 24/9/2018


SEKIAN TERIMA KASIH.

Followers

Thursday 16 August 2018

Peraturan Penggunaan Bilik dan Alatan Audio Visual


1. Dapatkan kebenaran Guru Media atau guru yang mengawasi peralatan audio visual terlebih dahulu.

2. Isikan buku log penggunaan alatan.

3. Catatkan alatan yang hendak dibawa keluar dan lokasi penggunaan.

4. Alatan yang dibawa keluar hendaklah dimasukkan semula selepas selesai penggunaan.

5. Susun dan kemas alatan yang digunakan di tempat asal seperti di labelkan.

6. Alatan yang rosak atau luput hendaklah dimaklumkan kepada Guru Audio untuk tindakan susulan.

7. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Audio tanpa pengawasan Guru Audio atau guru bertugas.

8. Utamakan keselamatan diri dan alatan serta gunakan alatan secara berhemah.

10. Hindari daripada memasukkan peralatan lain atau yang tidak berkenaan ke dalam bilik Audio Visual tanpa pengetahuan Guru Audio visual.

11. Pastikan pintu bilik Audio sentiasa ditutup atau dikunci.


“Gunakan alatan secara berhemah. Keselamatan diutamakan”

  
Disahkan oleh:

Guru Besar,
SK Besout 3.