Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sejarah dan Latar Belakang

Sekolah Kebangsaan Besout 3 atau nama ringkasnya SK Besout 3, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Gunung Besout 3 dalam daerah Batang Padang dan Muallim di negeri Perak. Jenis sekolah ialah Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan. Kod sekolah ABA0035. Lokasi Felda Gunung Besout 3,35600, Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Telefon 6054312313 dan Faks 6054312313.Mula dibina pada penghujung tahun 1984 terdiri daripada sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan sekolah ini mula di gunakan pada 2 hb Januari 1985. Info lanjut.

PENGUMUMAN DAN INFO TERKINI

Pengumuman dan Info Terkini

* Tahniah PSS an Nifary menjadi johan PSS Daerah .

* Selamat menyambut Hari Malaysia - 16 September 2018.

* Selamat Menduduki UPSR - 24/9/2018


SEKIAN TERIMA KASIH.

Followers

Wednesday 19 September 2018

Penilaian Anugerah PSS Peringkat Negeri Perak 2018

Pada hari ini berlangsung Sesi Penilaian Anugerah PSS Peringkat Negeri Perak untuk tahun 2018. Alhamdulillah PSS An Nifary tersenarai untuk pencalonan tersebut.

Menurut Guru Penyelaras PSS SK Besout 3, Puan Munirah Mansor, meskipun serba kekurangan, beliau berasa amat bersyukur kerana PSS An Nifari terpilih dan berdaya saing untuk bersama-sama PSS Daerah lain untuk pencalonan anugerah ini.

Kemenangan bukanlah impian utama, namun keupayaan sekolah kecil seperti SK Besout 3 untuk turut serta berada dipersada ilmu dan kerjasama yang jitu daripada pentadbir,guru-guru, staff, Pengawas PSS, komuniti setempat dan murid sangat dibanggakan.

Dalam sesi penilaian ini, PSS an Nifary dikunjungi oleh Puan Azatus Sakhia bt Shakir Mashkor, Ketua Unit UPSP,BTPN Perak dan Cik Erma bt Zaharuddin, PTP, UPSP, BTPN Perak.

Semoga dengan kunjungan dan penilaian ini akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ilmu dan budaya kekitaan dalam kalangan warga SK Besout 3.

Gambar Atas, Guru Besar SK Besout 3, Encik Mohd Zulkifli b Mat sedang mengalu-alukan kehadiran Ketua Unit UPSP, Puan Azatus Sakhia bt Shakir Mashkor.